Artikel

RUU Cukai Jualan Lulus – Kelak Rakyat Berdepan 10% Cukai Barang Import Bernilai Rendah

Mengikut undian suara Dewan Rakyat hari ini (4 Ogos) pindaan berhubung Akta Cukai Jualan 2018 di bawah RUU Cukai Jualan (Pindaan) 2022 kini diluluskan.

Kelulusan itu secara langsung bakal menyaksikan pengguna negara berdepan pengenaan 10% cukai jualan baharu ke atas barangan import bernilai rendah yang dijual secara atas talian.

Buat pengetahuan umum pembentangan pertama telah dilaksanakan pada sidang Parlimen  1 Ogos lalu oleh Timbalan Menteri Kewangan Yamani Hafez memperincikan – takrifan pemain yang terlibat adalah kumpulan tempatan dan luar negara yang menjual barangan bernilai rendah atau mengendalikan pasaran secara atas talian bagi penjualan dan pembelian.

Maka melalui kelulusan ini penjual dan pengguna perlu bersedia akan pertambahan kos pada barangn import yang bernilai rendah.

Sebelum ini, Rnggt pernah melaporkan pengenaan cukai tersebut dijangka berkuat kuasa pada 1 Januari 2023 setelah memperolehi kelulusan pindaan.