Artikel

Forbes Sedang Mencari Pembeli Selepas Tidak Berjaya Melakukan Penyenaraian Awam SPAC

Forbes, salah satu syarikat media yang terkenal memfokuskan kewangan, disamping penyenaraian individu yang kaya, kini mengatakan sedang dalam usaha mencari pembeli untuk perniagaan mereka.

Forbes dilihat ingin menjual syarikat pada nilai sekurang-kurangnya $630 juta.

Sebelum ini, Forbes merancang untuk melakukan penyenaraian awam secara SPAC, namun, perkara berkenaan tidak berhasil.

Pada tahun 2021 lepas, Forbes telah menjana pendapatan lebih $200 juta, dengan keuntungan lebih $40 juta. Beberapa bulan lepas, Binance, bursa kriptowang popular turut telah melabur pada Forbes.