Artikel

Pengguna Kelak Berdepan Cukai Jualan Barangan Bernilai Rendah, Yang Dibeli Secara Atas Talian

Kelak sekiranya cadangan pindaan berhubung Akta Cukai Jualan 2018 di bawah RUU Cukai Jualan (Pindaan) 2022 diluluskan  Рpengguna negara dijangka berdepan pengenaan cukai jualan baharu.

Iaitu perlu membayar cukai jualan ke atas barangan import bernilai rendah yang dijual secara atas talian.

Berasaskan pembentangan pada sidang Parlimen semalam (1 Ogos) Timbalan Menteri Kewangan Yamani Hafez memperincikan takrifan pemain yang terlibat adalah kumpulan tempatan dan luar negara yang menjual barangan bernilai rendah atau mengendalikan pasaran secara atas talian bagi penjualan dan pembelian.

Untuk makluman, dijangka rumusan cadangan pindaan tersebut akan diketahui persetujuannya pada 4 Ogos ini.

Sebelum ini, Rnggt pernah melaporkan pengenaan cukai tersebut dijangka berkuat kuasa pada 1 Januari 2023 setelah memperolehi kelulusan pindaan.