Selangor kini mengenalpasti terdapat 5 startup di negeri tersebut – berpotensi tampil selaku unicorn di masa hadapan.
Antara syarikat yang diklasifikasikan sebagai soonicorns pada ketika ini adalah Aerodyne, Dropee, Fave, TheLorry dan Naluri Hidup. Untuk makluman kesemua syarikat tersebut kini bernilai sekitar $100 juta atau lebih.
Soonicorns adalah istilah yang membawa makna ke arah status unicorn, di mana startup memerlukan pertambahan sokongan biaya oleh kumpulan pelabur budiman (angel) serta pemodal teroka – bagi mencapai status nilai lebih $1 billion. Namun susulan saiz pasaran Malaysia adalah kecil, kumpulan startup tempatan perlu meluaskan jejak jenama mereka meliputi pasaran serantau.
Data ini dikongsikan pada laporan persidangan DUN Selangor pada minggu ini – menjawab kepada persoalan potensi Selangor dalam mencapai sasaran MOSTI untuk negara memilki 5 unicorn dalam tempoh 5 tahun mendatang.
Buat masa ini, CARSOME telah tampil selaku unicorn pertama negara dengan nilai lebihi $1 bilion pada tahun lalu dan syarikat tersebut telah mula bertapak di Selangor sejak tahun 2015 lagi.