Artikel

Malaysia Sasar Miliki 5,000 Startup, Ingin Tingkatkan Pembangunan Teknologi Tempatan – MOSTI

Susulan ketika ini, status ekonomi negara adalah di paras berpendapatan sederhana – pemerkasaan pada ekosistem teknologi tempatan perlu disegerakan. Khususnya dalam mewujudkan peluang pemasaran yang baik terhadap startup negara.

Malaysia kini menyasarkan untuk memiliki sekitar 5,000 startup tempatan, yang dijangka mampu merancakkan landskap pertumbuhan negara.

Menurut Datuk Ir Siti Hamisah Tapsir, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sasaran tersebut dapat mengandakan usaha negara untuk mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi.

Antara fokus yang perlu diutamakan adalah perubahan pada ekosistem teknologi tinggi seperti penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengkomersilan dan inovasi (C&I).

Perkara itu telah dikongsikan pada sidang maya Forum Ekonomi Digital – di mana terdapat perincian menegaskan negara memerlukan lebih banyak industri menlaksanakan penyelidikan, disamping menarik kemasukan pelaburan berkualiti.

Berdasarkan pengamatan, Khairy Jamaluddin – Menteri MOSTI pernah menyatakan meskipun negara pernah duduki tangga ke 33 pada senarai Indeks Inovasi Global – namun hasil inovasi negara masih ditahap rendah. 

Situasi itu dapat dilihat pada landskap teknologi seperti Filipina, Vietnam, Thailand dan Indonesia yang memaparkan pengeluaran inovasi jauh lebih tinggi berbanding peruntukan. Kenyataan itu perlu diubah, dengan memperkasakan pengeluaran inovasi dan memperkemaskan kualiti pengeluaran negara menerusi pembangunan ekosistem yang lebih baik.