Malaysia kini duduki tangga ke 33 pada senarai Indeks Inovasi Global daripada 133 negara berbanding tahun 2019 pada tangga ke 35. Meskipun pencapaian ini begitu membrangsangkan namun hasil inovasi negara masih ditahap yang rendah.
Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi – Khairy Jamaluddin kecekapan inovasi Malaysia perlu dipertingkatkan. Ini kerana hasil inovasi dilihat masih rendah berbanding dengan tahap pelaburan yang diperuntukkan. Pihaknya masih tidak berpuas hati akan perihal itu.
Keadaan ini dilihat berbeza dengan negara Asean lain yang baru terlibat pada sektor inovasi seperti Filipina, Vietnam dan Thailand – negara tersebut memaparkan pengeluaran inovasi jauh lebih tinggi berbanding peruntukkan pelaburan.
Oleh itu, Malaysia perlu memperkasakan pengeluaran inovasi pada tahap yang lebih baik. Selain mempamerkan kedudukan baik pada inovasi global.
Pada senarai negara-negara Asean Malaysia berada di tangga ke 2, di belakang Singapura. Sementara pada senarai negara pendapatan menengah tinggi, Malaysia berada pada kedudukan ke 2 setelah China.
Malaysia memiliki potensi untuk terus memperkemaskan kedudukan dan kualiti pada inovasi global.