Artikel

TNG eWallet Perluas Kemudahan Nirtunai – Ke Pasar Tani Luar Bandar

TNG eWallet kini terus merancakkan agenda kemudahan pembayaran nirtunai (tanpa tunai) negara di kawasan luar bandar – menerusi kempen Mai Kita Cashless di Changlun, Kedah.

Usahasama dengan PayNet pada rangkaian pasar tani di kawasan tersebut, bertujuan membolehkan para peniaga dan pengguna memahami kepentingan disebalik kemudahan digitalisasi negara ini.

Langkah itu tidak hanya meluaskan kemudahan di luar bandar tetapi turut mendedahkan amalan nirtunai dalam kalangan penduduk setempat. Ia sekaligus akan mempercepatkan lagi penyertaan masyarakat negara berhubung pengetahuan digital.

Berdasarkan pelaksanaan, lebih 300 peniaga pasar tani akan menerapkan kaedah pembayaran tersebut pada operasi perniagaan mereka. Tindakan itu akan memperlihatkan mod pembayaran TNG eWallet dan kod DuitNow QR sebagai alternatif pembayaran utama perniagaan di pasar tani tersebut.

Adanya usaha sedemikian, ia diperhatikan sejajar dengan tinjauan Visa apabila sekitar 66% rakyat Malaysia yang sebelum ini – memaklumkan lebih gemar para peniaga tempatan menyediakan pilihan pembayaran secara nirtunai kepada mereka.