Artikel

66% Rakyat Malaysia Lebih Gemar Peniaga – Sedia Pilihan Pembayaran Nirtunai

Pembayaran secara nirtunai (tanpa tunai) di Malaysia, dilihat terus berkembang, dan mula diterima umum. Sehingga kini sekitar 96% penggunaan kaedah nirtunai telah dicatatkan Malaysia, menjadi ketiga tertinggi dalam kalangan negara Asia Tenggara.

Tinjauan Visa itu sekaligus menunjukkan rakyat Malaysia telah mula menormalisasikan penyelesaian digital ini dalam rutin kehidupan harian mereka. Akan tetapi masih terdapat segelintir peniaga tidak beralih kepada penyelesaian tersebut.

Di mana 66% pengguna Malaysia akui lebih gemar, sekiranya para peniaga menyediakan pilihan pembayaran nirtunai seperti kad, dompet digital mahupun imbasan kod QR – untuk kemudahan pembelian.

Permintaan itu susulan, pengguna Malaysia dilihat lebih gemar membayar guna kad (60%), diikuti suka laksana pembayaran secara atas talian (75%) dan gemar akan kemudahan nirtunai (45%).

Lebih menarik, ini kategori yang digemari pengguna tempatan dalam menggunakan pilihan nirtunai;

  • Membayar bil (65%)
  • Membeli-belah di pasaraya (58%)
  • Menggunakan khidmat pengangkutan (55%)

Selain pilihan nirtunai, pengguna Malaysia juga memiliki tahap kesedaran dan minat yang tinggi pada pengguna perbankan digital, perbankan atas talian (58%) dan mudah alih (66%). Peratusan ini lebih baik berbanding Singapura.