Artikel

Harga Minyak Dunia Jatuh, Bawah $100 Setong

Dalam tempoh 3 bulan, buat pertama kalinya niaga hadapan minyak Brent ditutup – di bawah $100 setong iaitu menyusut 7.1% kepada $99.49 setong. Situasi itu didorong hasil kerunsingan pasaran berhubung permintaan minyak mentah global.

Penanda aras minyak AS, West Texas Intermediate (WTI) juga memaparkan penyusutan 7.9% ditutup kepada $95.84 setong.

Namun terdapat faktor lain juga dilihat akan memperlahankan rentak permintaan minyak – apabila penyusutan pasaran mata wang euro mula menyamai dolar AS. Ini berlaku kali pertama dalam tempoh hampir 20 tahun.

Di mana ia membawa erti terdapatnya kecenderungan kemelesetan ekonomi, disebabkan kadar inflasi tinggi, terkesan akan ketirisan bekalan tenaga Rusia. Maka semua pihak perlu bersedia akan sebarang kemungkinan kenaikan kadar faedah kelak.