Artikel

1 EURO = 1 USD – Kadar Tukaran Mencapai Nilai Selari, Pertama Kali Dalam 20 Tahun

Pertama kali dalam 20 tahun, kadar tukaran mata wang antara EURO dan USD mencapai nilai pariti, dimana kedua-duanya mencapai nilai sama.

Dengan capaian nilai ini, pengguna boleh tukar 1 EURO kepada 1 USD. Perkara ini berlaku disebabkan oleh kemelesetan ekonomi, termasuk kerana kadar inflasi tinggi, serta terkesan dengan bekalan tenaga dari Rusia.

Disebabkan hal ini juga, kita mungkin melihat Bank Pusat Eropah meningkatkan kadar faedah, serta mengambil beberapa langkah lain.

Beberapa penganalisa turut menyasarkan nilai EURO mungkin jatuh dibawah nilai matawang USD sekiranya perkara ini berterusan.