Artikel

Sepanyol Manfaat Cukai ‘Windfall’ – Umum Pas Perjalanan Tren Percuma Selama 4 Bulan

Tidak seperti Malaysia – Sepanyol kini memanfaatkan kutipan cukai ‘Windfall’ ke atas rakyat negaranya dalam penggunaan pengangkutan awam.

Windfall tax – difahami sebagai cukai keuntungan luar biasa atau cukai durian runtuh, adalah suatu pengenaan cukai yang boleh dikenakan kerajaan ke atas industri yang menerima keuntungan melebihi purata sasaran. Ia khusus dikenakan kepada industri tertentu yang menerima faedah daripada kesan kejatuhan ekonomi.

Ini bermakna kutipan cukai terhadap golongan atasan merangkumi sektor kewangan dan tenaga di Sepanyol kini diterapkan pada tampungan kos perkhidmatan awam.

Tindakan itu menurut laporan merangkumi penawaran pas perjalanan percuma 100% bagi perkhidmatan tren gerabak pendek dan sederhana – meliputi laluan Cercanias, Rodalies dan Renfe – bermula 1 September hingga 31 Disember kelak.

Presiden Pedro Sánchez menegaskan, pentadbirannya akan terus memartabatkan kebajikan hak kelas pertengahan yang berkhidmat di negara tersebut. Usaha ini sebagai langkah awal – menangani bebanan kos sara hidup dan menyalurkan manfaat golongan atas kepada orang awam.