Artikel

Penduduk Dunia Dijangka Capai 8 Bilion Pada November 2022 – 10.4 Bilion Pada 2100

United Nations hari ini berkongsi beberapa ramalan berkaitan angka peningkatan penduduk. Selain menyasarkan India menjadi negara paling ramai penduduk pada 2030, UN turut menyasarkan populasi dunia akan mencapai 8 bilion pada 15 November 2022 ini.

Kadar pertumbuhan manusia dilihat agak perlahan berbanding beberapa dekad lepas. Dengan perkembangan baharu ini, bilangan populasi manusia dijangka mencapai 8.5 bilion pada 2030, dan seterusnya 10.4 bilion pada 2100 kelak.

Pada hari ini, kadar kesuburan bagi seorang wanita adalah 2.3 bayi, dan dijangka menurun kepada 2.1 bayi menjelang 2050 kelak.

UN turut menyasarkan peningkatan paling ramai dari angka populasi akan hadir dari lapan negara menjelang 2050 kelak, iaitu Mesir, Ethopia, India, Nigeria, Pakistan, Filipina, Tanzania, dan juga Congo.

Pada masa yang sama, UN mengatakan populasi 61 buah negara dijangka akan menurun 1% atau lebih antara 2022 ke 2050 kelak.