Pada hari ini, China menjadi negara paling ramai penduduk, melangkaui 1 bilion. Mengejar rapat dibelakang adalah India.
Kini, mengikut laporan terbaru UN, India dijangka akan mengatasi China sebagai negara paling ramai penduduk pada 2023 kelak, dengan angka melangkaui 1.4 bilion orang penduduk. China juga dijangka mempunyai angka penduduk sekitar 1.4 bilion pada 2023.
Populasi India dianggar sekitar 1.21 bilion pada 2011 yang lepas, dan ia memperlihatkan peningkatan penduduk dengan positif dari tahun ke tahun. Negara tersebut tidak membuat bancian pada tahun 2020, disebabkan oleh pandemik.
Secara global, peningkatan angka penduduk adalah pada kadar yang paling rendah sejak 1950 lepas, dimana perkembangan keseluruhan dibawah 1% pada 2020 lepas.
Di Malaysia juga perkara ini berlaku, dimana kadar kesuburan bagi seorang wanita di Malaysia dalam tempoh reproduktif telah turun kepada 1.7 bayi pada 2020, berbanding 4.9 bayi pada 1970 lepas.