Artikel

Malaysia Akan Uji Pendekatan Subsidi Bersasar Di Stesen Minyak

Tidak lama lagi, kajian berhubung mekanisme subsidi bersasar di stesen minyak akan dibentangkan kepada kabinet negara.

Buat masa ini, Kementerian Kewangan (MOF) akan melaksanakan tinjauan di beberapa stesen minyak berhubung pelaksanaan subsidi bersasar tersebut. Langkah awal itu bertujuan untuk memastikan kumpulan pendapatan rendah (B40) negara mendapat faedah selayaknya. Umum sedari, setiap pengguna bahan api Malaysia hadir daripada pelbagai kelas pendapatan.

Maka kerajaan melihat kajian ini berpotensi mengurangkan kelebihan kumpulan pendapatan tinggi dalam menikmati subsidi besar negara.

Sebelum ini Tengku Zafrul-Menteri Kewangan, pernah menggariskan jurang kelebihan yang dinikmati oleh pengguna bahan api. Di mana setiap RM1 subsidi bahan api, RM0.53 (53%) daripadanya dinikmati oleh T20 dan hanya RM0.15 (15%) sahaja dapat dimanfaat oleh B40.

Situasi ini perlu diubah demi kebajikan kumpulan pendapatan rendah.