Tidak hanya kumpulan dewasa yang terkesan akan lonjakan kos sara hidup semasa, tetapi kumpulan pelajar di institut pengajian tinggi (IPT) turut merasai bebanan tersebut secara tidak langsung.
Susulan situasi tersebut, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada laporan memaklumkan ketersediaan mereka berbincang bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional – bagi cadangan menaikkan jumlah pinjaman pengajian.
Keperluan tersebut buat masa ini, masih diperingkat pemerhatian dan di fasa pengumpulan data pendapat para pelajar. Pihak KPT akan memaklumkan dari semasa ke semasa berhubung lanjutan perbincangan tersebut.
Selain tindakan itu, semua ketahui KPT semalam telah menggariskan beberapa pendekatan untuk membantu para pelajar tangani kenaikan kos, antaranya;
- Memberi moratorium bayaran sewa selama 6 bulan kepada penyedia makanan di institut pengajian tinggi
- Membentuk jawatankuasa Tindakan Kos Sara Hidup para pelajar
- Memperkasakan Food Bank Siswa dan Food@Campus bersama pelbagai sokongan badan agensi
- Menyediakan Menu Keluarga Malaysia dengan harga siling RM3.50 per hidangan
Menerusi usaha tersebut, KPT melihat tindakan itu tidak hanya membendung kenaikan harga jualan makanan tetapi turut melindungi kebajikan para pelajar secara bersama dan membantu peniaga meringankan bebanan di peringkat penghasilan makanan.