Ekonomi negara dilihat terus dihimpit dengan tekanan kos dalam pelbagai sudut, terbaharu terdapat kemungkinan paras Kadar Dasar Semalaman (OPR) negara pula akan naik 25 mata asas kepada 2.25% pada minggu ini.
Perkara ini telah mendapat jangkaan daripada 22 pakar ekonomi pada laporan Reuters.
Sebelum ini paras OPR negara telah alami kenaikkan 25 mata asas pada Mei 2022 membawa kepada 2% OPR. Kini peningkatan OPR akan terus berlaku dan akan diketahui setelah mesyuarat jawatankuasa dasar monetari (MPC) dicapai pada 6 Julai kelak.
Kenaikan tersebut bagaimanapun tidak hanya dijangka berlaku pada penetapan OPR bagi Julai sahaja – tetapi akan terus alami kenaikan 25 mata asas bagi September kelak kepada 2.50% OPR.
Umum perlu sedari, segala faktor kenaikan OPR berlaku adalah mengambilkira tekanan inflasi, pelarasan gaji minimum dan peningkatan kos sara hidup negara. Orang awam diminta bersedia akan sebarang kemungkinan.