Disebabkan oleh pandemik, DBKL telah memperkenalkan inisiatif “Lesen Sementara KL Prihatin” – membolehkan sesiapa memohon lesen secara atas-talian, dan seterusnya berniaga di sekitar Kuala Lumpur. Ia pada awalnya telah ditetapkan sehingga Jun 2022, dan telah tamat dengan hadirnya bulan Julai.
Kini, dalam usaha terus menyokong peniaga dan penjaja tempatan, DBKL meneruskan inisiatif tersebut dengan beberapa perubahan, dibawah program baharu dinamakan Program Wilayah Bebas Berniaga.
Program Wilayah Bebas Berniaga ini diteruskan sehingga 31 Disember 2022, dengan beberapa perubahan dari segi yuran lesen dan juga waktu berniaga.
Program Wilayah Bebas Berniaga ini boleh dipohon secara atas-talian di laman DBKL Elesen, dimana penjaja akan dikenakan yuran sebanyak RM20 sebulan untuk lesen, dan RM30 untuk kos kerja pembersihan dan pengurusan.
Disamping itu, waktu operasi akan dihadkan kepada dua sesi – dengan sesi pertama antara 7 pagi ke 7 petang, dan sesi kedua antara 6 petang hingga 12 tengah malam.
Semua pemegang Lesen Sementara KL Prihatin sebelum ini diberi tempoh sehingga 15 Julai untuk melakukan pemohonan baharu secara atas talian.