Artikel

Kini Anda Boleh Memohon Lesen Sementara KL Prihatin Dari DBKL Secara Atas-Talian

Menteri Wilayah Persekutuan telah mengumumkan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai Wilayah Bebas Berniaga. Selari dengannya, kini DBKL telah membuka peluang untuk sesiapa memohon Lesen Sementara KL Prihatin ini.

Permohonan boleh dilakukan secara atas-talian di laman eLesen DBKL, dan akan diproses dalam masa 24 jam, atau dengan menghantar borang secara manual yang mengambil-masa sekitar 3 hari.

Melalui Lesen Sementara KL Prihatin ini, ia membenarkan aktiviti perniagaan memfokuskan makanan dan minuman, barangan kering seperti pakaian, jualan buah-buahan, dan juga jualan barangan mentah/basah.

Penjual tidak dibenarkan untuk menjual barangan kawalan seperti tembakau, bahan letupan, vape, alkohol dan barangan yang menyalahi undang-undang. Perkhidmatan seperti gunting rambut dan sewaan seperti basikal juga tidak dibenarkan.

Lesen yang ditawarkan secara percuma ini boleh digunakan sehingga 15 April 2021 sahaja.

Pelesen juga perlu sentiasa berada di tapak, dan jualan hanya dibenarkan secara bungkus sahaja. Warga asing tidak dibenarkan terlibat dalam aktiviti perniagaan dibawah Lesen Sementara KL Prihatin ini.

Para peniaga juga diminta mematuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh KKM dan MKN ketika berniaga.

Bagi anda yang berminat, boleh membuat permohinan Lesen Sementara KL Prihatin ini melalui laman DBKL, dan merujuk lanjut kepada pelbagai persoalan dan garis panduan melalui laman berkenaan.