Artikel

Speedhome Akan Mengurangkan Angka Pekerja

Speedhome, salah satu startup memfokuskan kepada sewa rumah, kini dilaporkan akan mengurangkan angka pekerja pada syarikat mereka. Langkah ini dikatakan adalah dalam usaha pengoptimasian kos operasi untuk syarikat tersebut.

Buat masa ini, ia tidak diketahui berapa ramai pekerja Speedhome yang akan terkesan dibawah langkah ini.

Langkah Speedhome membuang pekerja ini selari sejumlah syarikat startup teknologi yang dilihat sukar mendapat pelaburan atau menjana pendapatan, sekaligus mengakibatkan terpaksa mengurangkan tenaga kerja dalam syarikat. Pada hari ini juga, Kaodim, salah satu startup tempatan turut menamatkan operasi mereka.