Kaodim, startup tempatan pada penawaran perkhidmatan pelbagai tugas upahan kini dukacita memaklumkan akan menutup syarikat mereka pada pasaran negara mulai 1 Julai kelak.
Makluman ini dinyatakan pada paparan Kaodim blog hari ini (1 Jun) untuk penjelasan kepada para pengguna.
Untuk makluman, tindakan penutupan operasi ini didorong hasil kerugian yang terpaksa ditanggung operasi sepanjang COVID-19, dan kesan yang diterima susulan peningkatan kos selepas ekonomi menyeluruh kembali dibuka.
Situasi tersebut secara ketara telah mengehadkan perluasan operasi dan membantutkan daya keuntungan syarikat dalam tempoh tertentu.
Oleh itu, susulan tindakan penutupan operasi ini Kaodim imenzahirkan penghargaan ke atas semua sokongan pengguna selama mereka berkhidmat dalam arena PKS ini.