Mengambil kira faktor persekitaran semasa, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kini melanjutkan penawaran diskaun 90% kompaun bagi nilai asal denda untuk semua kesalahan di bawah Akta Syarikat 1965 (yang telah dimansuhkan).
Lanjutan tersebut akan mula berkuat kuasa pada hari ini (1 Julai) sehingga 31 Oktober 2022 kelak.
Insentif ini menurut SSM, memberi kelonggaran kepada syarikat dan pengarah syarikat yang layak untuk menerima pengurangan 90% kompaun dari nilai asal. Sebelum ini, insentif tersebut telah dilaksanakan sejak 1 Mac sehingga 30 Jun (semalam).
Langkah lanjutan ini secara langsung turut meringankan bebanan operasi syarikat dalam mengimbangi kompaun kesalahan tatkala peningkatan kos semasa sedang berlaku.