Artikel

SSM Umum Diskaun 90% Kompaun Bagi Semua Kesalahan – Di Bawah Akta Syarikat 1965

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kini memaklum pengurangan kompaun 90% daripada nilai asal kompaun untuk semua kesalahan di bawah Akta Syarikat 1965 (yang telah dimansuhkan).

Inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui SSM ini akan berkuat kuasa mulai 1 Mac sehingga 30 Jun kelak.

Secara tidak langsung dapat membantu kumpulan peniaga untuk melanjutkan operasi perniagaan yang terkesan disebabkan krisis COVID-19 dan ekonomi global.

Tidak hanya pengurangan kompaun tersebut, beberapa inisiatif lain turut dimaklumkan SSM. Antaranya adalah mencadangkan pindaan menambahbaik peruntukan Akta Syarikat 2016 – di mana membolehkan syarikat yang berdepan masalah kewangan memohon proses pemulihan korporat bersesuaian untuk membantu operasi syarikat.