Artikel

Luno Kini Mempunyai Lebih 700,000 Pengguna Di Malaysia

Luno merupakan bursa daganga kriptowang yang popular di Malaysia. Pada April 2021 lepas, telah mengatakan platform mereka digunakan lebih 500,000 pengguna di Malaysia. Hari ini, berkongsi perkembangan terkini, Luno telah menambah 200,000 pengguna baharu, dan kini mereka mempunyai lebih 700,000 pengguna di Malaysia.

Baru-baru ini juga, Luno telah menambah dua lagi kriptowang pada platform mereka, iaitu LINK dan juga UNI. Menyentuh secara ringkas mengenainya, Luno mengatakan pengguna Malaysia telah mendagangkan lebih RM7 juta nilai aset digital berkenaan sejak ia diperkenalkan beberapa hari lepas.

Dalam terus menambah angka pengguna, Luno kini giat mengadakan aktiviti mendidik pengguna, disamping akan turut menerbitkan sejumlah kandungan dalam Bahasa Melayu, termasuk aplikasi Luno sendiri dalam bahasa Melayu.