Artikel

Luno Mempunyai Lebih 500k Pengguna Di Malaysia, Menguruskan Aset Digital Melangkaui RM1 Bilion

Luno, salah satu aplikasi yang memudahkan proses jual-beli, dan juga menyimpan kriptowang. Ia telah diperkenalkan di Malaysia sejak daripada 2019 lepas, dan merupakan perkhidmatan pertama yang disahkan oleh pihak SC.

Terbaru, Luno Malaysia kini mengumumkan mereka mempunyai lebih 500,000 pengguna yang disahkan di Malaysia, dan sedia menyaksikan transaksi berjumlah mencapai RM3.97 bilion sehingga Januari 2021 yang lepas.

Pada hari ini, Luno mengatakan mereka menguruskan aset digital berjumlah lebih RM1 bilion, merangkumi 4 kriptowang popular, iaitu 62% Bitcoin, 23% Ethereum, 10% Ripple, dan juga 5% Ripple.