Artikel

KWSP Dijangka Agih Kadar Dividen Lebih Rendah, Bawah 6%

Sudah pasti, ramai pihak menantikan pengumuman kadar agihan dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun 2022 – namun dijangka ia lebih rendah, di bawah 6%.

Pengamatan pakar ekonomi pada laporan ini, didorong mengikut prestasi pendapatan pelaburan syarikat yang lemah bagi suku pertama tahun ini. Malah kemerosotan pasaran modal tempatan  dan global turut terkesan disebabkan ketidaktentuan semasa.

Setakat ini dividen KWSP disasarkan mengalami kemerosotan sehingga 4%.

Buat pengetahuan umum, tahun lalu KWSP telah memaklumkan agihan dividen 6.10% bagi simpanan konvensional, sementara 5.65% pula untuk simpanan Syariah. Dengan jumlah agihan sebanyak RM50.45 bilion untuk Simpanan Konvensional dan RM6.27 bilion untuk Simpanan Syariah.

Namun semua pihak perlu bersedia akan paras kadar baharu – susulan prestasi pelaburan semasa telah memberi isyarat bahawa agihan dividen 2022 tidak akan setinggi seperti tahun lalu.