Artikel

KWSP Umum Dividen 2021 – Konvensional 6.10%, Syariah 5.65%

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada hari ini (2 Mac) secara rasminya mengisytiharkan dividen sebanyak 6.10% dengan jumlah agihan sebanyak RM50.45 bilion untuk Simpanan Konvensional. Manakala, kadar dividen untuk Simpanan Syariah 2021 pula mencatatkan 5.65%, dengan agihan sebanyak RM6.27 bilion.

Ternyata nilai agihan tersebut lebih tinggi dengan jumlah RM56.72 bilion berbanding data pada tahun lalu, 2020 iaitu RM47.64 bilion.

Ini secara langsung menunjukkan KWSP berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan mereka sepanjang pandemik COVID-19 melanda negara dalam tempoh 2 tahun ini.

Berhubung tindakan kebenaran pengeluaran dana KWSP oleh pencarumnya sebelum ini. KWSP melihat langkah itu telah membawa kepada 48% pencarum kini memiliki simpanan kurang dari RM10,000. KWSP menegaskan akan membantu para pencarum membina kembali simpanan persaraan mereka secara berperingkat.

Pihaknya optimis untuk menimbal kembali dana pengeluaran sekitar RM101 bilion yang dilakukan pencarum menerusi i-Citra, i-Lestari dan i-Sinar.

Berbalik kepada agihan dividen, ini senarai penyaluran dividen setiap tahun dilakukan oleh KWSP;