Seperti yang dijanjikan Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri pada minggu lalu – bermula hari ini (27 Jun) golongan bersasar bakal menerima tambahan dana Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
Di mana isi rumah bakal menerima RM100 dan bujang RM50.
Kementerian Kewangan (MOF) melihat penambahan dana tunai ini melibatkan sejumlah RM630 juta buat golongan bersasar di Malaysia. Penambahan itu secara langsung akan memanfaatkan sekitar 4.0 juta isi rumah bersama 3.4 juta kumpulan bujang.
Agihan pada fasa kedua BKM ini akan dilaksanakan secara berperingkat kepada penerima yang layak dan kelayakan itu dapat disemak menerusi pautan rasmi BKM-Bantuan Tunai Tambahan 2022.
Buat pengetahuan umum, kerajaan memakumkan penambahan tunai ini secara langsung menjadikan BKM selaku bantuan tunai tertinggi dalam sejarah negara, mengatasi BR1M dan Bantuan Sara Hidup.
Dimaklumkan BKM telah memanfaatkan sekitar 12.6 juta rakyat negara – ini bermakna sekitar 60% rakyat dewasa Malaysia menerima faedah di bawah agihan tunai tersebut.