Artikel

PM Ismail Umum Bantuan Tunai Tambahan – RM100 Buat Isi Rumah, RM50 Buat Bujang Mulai 27 Jun

Setelah mengambilkira beberapa faktor, kerajaan sebulat suara mengambil pendekatan menyediakan bantuan tunai secara terus kepada golongan B40.

Di mana bantuan tunai tambahan ini merangkumi sebanyak RM100 buat golongan isi rumah dan RM50 buat kumpulan bujang.

Tindakan itu dimaklumkan pada sidang media khas hari ini (22 Jun) menerusi pengumuman Perdana Menteri Ismail Sabri. Langkah tersebut dilihat bertepatan dengan situasi semasa, yang memerlukan keutamaan baharu supaya ekonomi negara lebih seimbang.

Buat pengetahuan umum bayaran Bantuan Keluarga Malaysia Tambahan ini akan dilakukan pada fasa kedua bermula 27 Jun kelak dan dijangka akan memanfaatkan sekitar 8.6 juta isi rumah negara.