Artikel

Harga Ayam Di Pasaran Tidak Akan Diapungkan – Harga Siling Baru Akan Diumumkan

Perdana Menteri kini mengumumkan harga ayam dipasaran tidak akan diapungkan selepas penamatan subsidi pada 30 Jun 2022 kelak.

Sebaliknya, harga siling baharu akan diumumkan oleh kerajaan tidak lama lagi. Harga ini akan diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan.

Pengumuman ini hadir lanjutan daripada sebelum ini kerajaan telah mengatakan akan menamatkan subsidi ayam mulai 1 Julai kelak. Hal ini sekaligus akan membawa kepada peningkatan harga ayam.

Tetapi, dengan adanya harga siling, ia akan membuatkan harga tidak meningkat secara mendadak dan membebankan orang ramai.