Selain tindakan memansuhkan subsidi minyak masak berbotol bagi 2kg, 3kg dan 5kg – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) turut memansuhkan harga kawalan siling ayam dan telur ayam – mulai 1 Julai kelak.
Buat pengetahuan umum, ketika ini di paras siling – harga jualan ayam adalah RM8.90 sekilogram. Akan tetapi harga tersebut dijangka naik sehingga RM12 sekilogram. Namun pemain industri memberi jaminan kepada KPDNHEP bahawa peningkatan harga tersebut tidak akan berlaku secara mendadak.
KPDNHEP pada masa yang sama, turut menegaskan sebarang jaminan kenaikan harga adalah tertakluk kepada apungan mengikut pasaran. Setakat ini pihaknya tidak dapat mengesahkan kadar peningkatan harga yang akan berlaku selepas 30 Jun kepada para pengguna.
Susulan langkah itu, para pengguna diminta bersedia akan sebarang kenaikan harga ayam dan telur bermula bulan hadapan.