Kerajaan kini mengambil langkah memansuhkan subsidi minyak masak berbotol bagi 2kg, 3kg dan 5kg.
Ini bermakna jualan minyak masak berbotol akan naik dan hanya subsidi minyak masak bagi beg 1kg sahaja dikekalkan.
Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, sebelum menerusi penawaran subsidi tersebut kerajaan telah menanggung sekitar RM20 juta sebulan.
Susulan tindakan memansuhkan subsidi ini, ia berupaya membantu kerajaan memberi tumpuan bantuan kepada kumpulan bersasar. Namun pihaknya tidak memperincikan tindakan tersebut.
Perkara itu akan diperjelaskan oleh Kementerian Kewangan dalam tempoh terdekat buat perhatian umum.
Pada masa yang sama, kerajaan turut akan menawarkan bantuan wang tunai bersasar kepada kumpulan terpilih. Langkah ini dilaporkan untuk menampug jangkaan harga ayam yang bakal naik mulai 1 Julai kelak, ini berlaku setelah skim harga maksimum runcit ayam tamat pada 30 Jun ini.
Buat pengetahuan umum, mulai 1 Julai juga para penternak tidak lagi akan menerima tuntutan subsidi berjumlah RM720 juta. Dana tersebut akan digunakan untuk kepentingan rakyat khususnya kumpulan B40.