Berikutan COVID-19 berlaku sejak tahun 2020, Wilayah Persekutuan telah tampil dengan idea – membenarkan warga kota untuk berniaga secara bebas bagi menampung pendapatan diri pada 15 November 2020.
Langkah itu mengikut laporan telah mendapat persetujuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Akan tetapi kini DBKL dilihat bakal menyemak semula kebenaran lesen pecuma di bawah Skim Wilayah Bebas Berniaga ini.
Langkah itu susulan, pihaknya berpendapat ia menjadi antara punca kesesakan trafik berlaku di ibu kota negara. Kajian ini antaranya akan mengatur semula penempatan aktiviti perniagaan khususnya melibatkan jualan di tepi jalan atau persimpangan jalan.
Usaha tersebut dijangka tidak hanya melandaikan aliran trafik bahkan meningkatkan kesejahteraan keselamatan semua pihak.