Artikel

MyDebit Cash Out Akan Dikenakan Caj Sebanyak 50 Sen Bermula 1 Julai 2022

Alliance Bank kini melalui pengumuman mengatakan ciri MyDebit Cash Out akan dikenakan caj sebanyak 50 sen bermula daripada 1 Julai 2022 kelak.

Ciri MyDebit Cash Out merupakan sebuah ciri yang membolehkan anda mengeluarkan wang terus melalui kaunter pembelian barangan – tanpa perlu ke ATM untuk tujuan pengeluaran.

Sebelum ini, ciri ini ditawarkan secara terhad di beberapa peruncit – seperti Giant, dan ditawarkan secara percuma. Bermula 1 Julai 2022 kelak, ciri ini akan dikenakan caj sebanyak 50 sen.