Artikel

MyDebit Cash Out – Memudahkan Anda Keluarkan Duit Terus Dari Peruncit Tanpa Ke ATM

Menjadi kebiasaan adalah untuk para pengguna pergi ke mesin ATM untuk mengeluarkan duit secara tunai. Namun, sejak pengenalan caj kembali sebanyak RM1, mungkin anda ingin melihat kepada alternatif lain yang lebih menjimatkan.

Salah satunya adalah dengan menggunakan MyDebit Cash Out. Melalui MyDebit Cash Out, anda boleh mengeluarkan duit daripada kad debit anda tanpa perlu ke mesin ATM, sebaliknya melalui peruncit.

Dengan langkah ini, anda turut tidak perlu membayar wang perkhidmatan sebanyak RM1 yang dikenakan oleh ATM. Selain itu, sekiranya budi bicara dengan juruwang tersebut baik, anda turut boleh mendapatkan wang dalam pecahan yang anda inginkan.

Daripada percubaan kami di Giant, ia berfungsi dengan mudah, dan hanya perlu nyatakan kepada juruwang ingin “MyDebit Cash Out” sebanyak berapa yang anda inginkan. Ia diterhadkan kepada RM500 mengikut percubaan kami.

Seterusnya, anda hanya perlu melakukan bayaran barangan lain (sekiranya anda membeli barangan), serta transaksi MyDebit Cash Out turut dinyatakan pada bil transaksi.

Buat masa ini, jumlah peruncit yang menyokongnya masih terhad. Namun, anda boleh bertanyakan terus kepada seseorang juruwang, sama ada MyDebit Cash Out disokong atau tidak, dan mendapatkan wang tunai anda terus melalui peruncit dengan mudah.