Artikel

Pogba Kini Duta Wahed Invest – Sasar Perluaskan Akses Pelaburan Pada Golongan Muda

Setelah Khabib Nurmagomedov diumumkan selaku duta Wahed Invest pada September 2021, kini Paul Pogba iaitu pemain bola dunia pula diumumkan menjadi duta dan pelabur platform kewangan teknologi global tersebut.

Adanya penyertaan Pogba pada platform pelaburan serta pematuhan shariah Wahed Invest ini akan menyokong usaha platform untuk meningkatkan kesedaran berhubung kepentingan memelihara kewangan.

Tidak hanya itu, Pogba turut menyasarkan penyertaannya pada medium pelaburan ini dapat menggalakkan golongan muda turut serta memanfaatkan kemudahan akses Wahed, disamping mendidik mereka dalam pengaturan kewangan untuk jangka panjang.

Setakat ini, Wahed Invest memiliki lebih 300,000 pengguna di seluruh dunia dan menerusi penglibatan Pogba ia akan merancakkan lagi perluasan jenama mereka di peringkat global.