Artikel

Khabib Nurmagomedov Kini Duta Wahed Invest – Sasar Tingkatkan Celik Kewangan Pengguna Global

Wahed, sebuah platform kewangan teknologi global membabitkan pelaburan serta pematuhan shariah – kini memaklumkan aturan kerjasamanya dengan pihak Khabib Nurmagomedov iaitu lagenda juara dunia UFC, selaku duta Wahed.

Melalui kolaborasi ini, kedua pihak menyasarkan peningkatan pada pendedahan literasi kewangan di peringkat antarbaangsa.

Adanya penglibatan Khabib selaku ikon dunia, ini akan meningkatkan keyakinan awam berhubung kepentingan pada literasi kewangan. Menerusi kejayaan dan personaliti Khabib ia jelas seiring dengan pengaturan etika yang diterapkan Wahed pada perkhidmatan mereka.

Dengan usahasama ini pihak Khabib memaklumkan, pihaknya akan berperanan dalam meningkatkan pendidikan kewangan dalam kalangan para pengguna, khususnya kumpulan belia yang terdedah pada risiko hutang. Langkah ini secara terus dapat menutup jurang pelaburan dan meningkatkan aliran kewangan pada setiap pengguna.