Pentadbiran negara terus optimis untuk mengapai matlamat pendapatan isi rumah RM10,000 setiap bulan menjelang tahun 2025.
Keyakinan itu dapat dicapai menerusi pelabgai strategi asas ekonomi yang sedang diketengahkan negara pada ketika ini. Menurut Tengku Zafrul – Menteri Kewangan Malaysia, matlamat ini turut dapat disokong menerusi agenda Rancangan Malaysia Ke-12 yang ingin merapatkan jurang ekonomi dalam kalangan penduduk tempatan.
Seperti yang umum sedari, selain bercita-cita memiliki purata pendapatan tinggi – Malaysia telah mula mengerakkan langkah membasmi kemiskinan tegar di beberapa lokaliti terpilih dengan peruntukan RM1 bilion.
Berdasarkan rancangan fasa pertama projek Basmi Miskin Tegar ini telah dimulakan pada akhir Mei lalu, di mana secara keseluruhan terdapat 160 lokaliti terpilih di Malaysia akan diberi tumpuan pemulihan ekonomi masyarakat.