Artikel

Fasa 1 Projek Basmi Miskin Tegar Malaysia – Bakal Bermula Akhir Mei Ini

Seperti yang dijanjikan kerajaan Malaysia, kini bermula akhir Mei kelak – pelaksanaan fasa pertama projek Basmi Miskin Tegar bakal dilancarkan.

Pelaksanaan projek rintis fasa pertama ini akan melibatkan 80 lokaliti terlebih dahulu, diseluruh negara, Buat pengetahuan umum, secara keseluruhan program bagi 3 fasa, ia akan melibatkan 160 lokaliti di seluruh Malaysia.

Bagi peringkat awal 10 lokaliti terpilih adalah di Sarawak, di mana akan memberi tumpuan kepada kumpulan miskin di beberapa kawasan. Setakat rekod 2019 Sarawak mencatatkan kadar kemiskinan tertinggi dengan 9% berbanding paras nasional iaitu 5.6%.

Adanya usaha pelaksanaan projek basmi miskin tegar ini – ia akan membantu negara merapatkan jurang ketidaksamaan pembangunan melibatkan pembangunan antara negeri. Malah ia juga bertujuan mencapai matlamat utama, iaitu membasmi kemiskinan tegar menjelang 2025.

Berdasarkan makluman pelaksanaan projek ini – kerajaan akan memperuntukan sekitar RM1 bilion untuk dana sokongan.

Lebih menarik, sasaran projek akan memberi fokus kepada setiap negeri dengan tumpuan 3 hingga 5 lokasi untuk memberi penekanan pembasmian miskin tegar secara bersasar.