Artikel

Laluan MRT Putrajaya Fasa 2, Kini Siap 98% – Bakal Beroperasi Januari 2023

Seperti yang umum sedia maklum, Transit Aliran Massa (MRT) bagi laluan Putrajaya untuk fasa pertama kelak akan mula beroperasi pada 16 Jun ini. Melihat pada pelaksanaan itu, orang awam mula teruja akan kemudahan yang bakal tersedia buat kapasiti 1,200 penumpang.

Berhubung persediaan MRT laluan Putrajaya Fasa 2 pula setakat ini dilaporkan berada di paras 98% dan dijangka dapat bersedia pada Januari 2023, tahun hadapan.

Jangkaan itu menurut MalaysiaKini – ia secara langsung akan membolehkan pergerakan tren secara menyeluruh merangkumi dari stesen Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral direalisasikan.

Bagi fasa pertama terdapat 9 stesen dan 3 stesen adalah sebahagian daripada MRT laluan Kajang akan beroperasi, ianya terdiri daripada;

  • Kwasa Damansara
  • Kampung Selamat
  • Sungai Buloh
  • Damansara Damai
  • Sri Damansara Barat
  • Sri Damansara Sentral
  • Sri Damansara Timur
  • Metro Prima
  • Kepong Baru
  • Jinjang
  • Sri Delima
  • Kampung Batu

Manakala laluan fasa 2 akan melibatkan dari stesen Kampung Batu ke Putrajaya Sentral dilaksanakan.