Artikel

Laluan MRT Putrajaya Fasa 1 Akan Mula Beroperasi 16 Jun

MRT Corporation kini mengesahkan kepada FMT, akan memulakan operasi laluan MRT Putrajaya Fasa 1 bermula 16 Jun 2022 ini. Dengan langkah ini, ia akan menghubungkan kawasan lebih luas berbanding sebelum ini.

Untuk fasa pertama, sebanyak 12 stesen akan beroperasi, iaitu Kwasa Damansara, Kampung Selamat, Sungai Buloh, Damansara Damai, Sri Damansara Barat, Sri Damansara Sentral, Sri Damansara Timur, Metro Prima, Kepong Baru, Jinjang, Sri Delima dan Kampung Batu.

Untuk fasa 2 yang menghubungkan dari Kampung Batu ke Putrajaya dijangka mula beroperasi seawal Januari 2023 kelak.

Dengan perluasan ini, ia dijangka memmudahkan lagi perjalanan dari Putrajaya ke pelbagai kawasan sekitar Lembah Klang. Sambungan lanjut melalui bas juga disediakan melalui bas-bas MRT dan juga GoKL.