Artikel

Serba Dinamik Alami Kerugian RM77.2 Juta

Serba Dinamik Holdings Bhd, memaparkan nilai kerugian yang lebih tinggi iaitu RM77.2 juta pada laporan suku ketiga tahunan yang berakhir pada 31 Mei lalu.

Peningkatan kerugian ini didorong hasil kenaikan kos operasi dan kadar produktiviti yang perlahan berlaku di Qatar-UAE dan Malaysia. Di mana segmen penyelenggaraan serta aktiviti baik-pulih menjadi antara faktor produktiviti perlahan.

Meskipun begitu, syarikat masih mencatatkan peningkatan pada hasil dengan RM205.5 juta iaitu melonjak 6%. Berdasarkan data pasaran Asia Barat terus menjadi saluran yang membantu Serba Dinamik memacu hasil pendapatan dengan sumbangan RM131.6 juta (64%).

Sementara pasaran Asia Tenggara pula menyumbang kepada RM47.6 juta (23.2%) – sebahagian besarnya disumbang dari Malaysia dan Indonesia.

Walaupun umum sedari, Serba Dinamik kini berdepan konflik syarikat, pihaknya memaklumkan sedang berusaha untuk mendapatkan kebenaran perundangan bagi pelaksanaan mesyuarat bersama pemiutang – untuk mengetahui tindakan selanjutnya.

Serba Dinamik pada pertengahan Mei lalu telah memaklumkan menyelesaikan bayaran kompaun RM16 juta yang dikenakan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berhubung tindakan mengemukakan penyata palsu kepada Bursa Malaysia.

Penyelesaian kompaun itu secara langsung membebaskan kumpulan daripada pertuduhan tersebut.