Artikel

Serba Dinamik Selesai Bayar Kompaun RM16 Juta

Serba Dinamik Holdings Berhad, kini telah menyelesaikan kompaun berjumlah RM16 juta yang dikenakan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berhubung tindakan mengemukakan penyata palsu kepada Bursa Malaysia.

Maka penyelesaian kompaun ini secara langsung membebaskan kumpulan dan pengurusan tertingginya daripada pertuduhan tersebut.

Buat pengetahuan umum mengikut laporan, kompaun tersebut telah dilunaskan pada 9 Mei lalu, lebih awal daripada tempoh kompaun yang ditetapkan.

Melalui penyelesaian ini, secara langsung membenarkan operasi kumpulan berlangsung seperti biasa dan akan memberi tumpuan pada pengurusan pemiutang dan penstrukturan semula Nota Amalan 17 (PN17).

Sebelum ini, semua pihak ketahui Serba Dinamik bersama bahagian eksekutif kanannya telah dikenakan kompaun setiap seorang atas tindakan mengemukakan maklumat palsu pada penyata kewangan syarikat oleh pihak SC.