Artikel

SC Denda RM3 Juta Terhadap 4 Pegawai Tertinggi Serba Dinamik – Kerana Kemuka Penyata Palsu

SC, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia semalam (13 April) dengan persetujuan bertulis daripada Pendakwa Raya dan selaras dengan kuasa dibawah Seksyen 373(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA), telah mengenakan kompaun terhadap Serba Dinamik Holdings Berhad.

Di mana 4 individu iaitu pegawai tertinggi Serba Dinamik terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Pengarah Eksekutif, serta 2 pegawai lain – dengan nilai RM3 juta bagi setiap individu.

Pengenaan kompaun itu telah didasari berasaskan keputusan Pendakwa Raya menerima representasi yang dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara oleh Serba Dinamik dan individu terbabit berkenaan pertuduhan yang belum diselesaikan di mahkamah.

Buat pengetahuan umum, ini adalah kompaun maksimum yang boleh dikenakan di bawah seksyen 369(a)(B) CMSA atas pengemukaan maklumat palsu dalam penyata kewangan syarikat. Serba Dinamik dan individu terbabit telah dikenakan pertuduhan kerana mengemukakan penyata palsu tersebut kepada Bursa Malaysia Securities Bhd pada 26 Februari 2021, berhubung dengan angka hasil sebanyak RM6.014 bilion yang terkandung dalam Laporan Suku Tahun bagi Keputusan Disatukan bagi Suku Tahun dan Tahun berakhir 31 Disember 2020.

Bagaimanapun terdapat kompaun tambahan bernilai RM1 juta dikenakan ke atas pegawai keempat Serba Dinamik iaitu Timbalan Presiden Akaun Kewangan susulan terlibat dengan pertuduhan mengarahkan penyediaan dokumen palsu berkaitan penjualan Serba Dinamik. Pengenaan kompaun tambahan ini dikenakan di bawah seksyen 368(1)(b)(i) CMSA.