Artikel

Peperiksaan PT3 Kini Dimansuhkan – Berkuat Kuasa Tahun Ini

Setelah April 2021, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil keputusan memansuhkan UPSR – kini peperiksaan PT3 iaitu Pentaksiran Tingkatan Tiga pula dimansuhkan dalam sistem pendidikan negara pada tahun ini.

Pelaksanaan tersebut dimaklumkan Menteri Pendidikan Negara Datuk Dr. Radzi Jidin pada sidang hari ini (2 Jun).

Maka berdasarkan pendekatan baharu, bermula tahun ini – sekolah rendah dan sekolah menengah akan melaksanakan Pentaksiran Sumatif menerusi Ujian Akhir Sesi Akademik.

Langkah ini secara langsung membolehkan penilaian ke atas murid dilaksanakan mengikut tahun dan tingkatan, sekali gus memperkasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Seperti yang umum ketahui, peperiksaan PT3 telah mengalami penangguhan selama dua tahun berturutan, susulan situasi krisis kesihatan dan ketersediaan para pelajar serta guru. Dan ia telah mula dilaksanakan pada 2014 bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Berita selanjutnya menyusul.