Kementerian Pendidikan kini mengumumkan peperiksaan PT3 dibatalkan pada tahun ini.
Kenyataan itu telah dimaklumakan Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Radzi Jidin pada sidang khas KPM pada hari ini (28 April).
Tindakan ini mengambilkira situasi semasa dan persediaan para pelajar serta guru.
Bagi mana-mana pelajar yang berminat untuk memasuki sekolah berasrama penuh pada tahun 2022, mereka perlu menduduki kelayakan PKSK – Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus.
Sementara itu, berhubung lanjutan UPSR pula – KPM kini mengumumkan pelaksanaan UPSR telah dimasuhkan secara mutlak pada tahun ini. Tiada sebarang kaedah peperiksaan baharu akan digantikan buat masa ini.
Langkah yang sama berhubung kemasukan ke sekolah berasrama penuh, para murid perlu menduduki PKSK untuk kelayakan tersebut.
Berdasarkan perkongsian pada peperiksaan PKSK – tahun lalu, hanya satu per empat para pelajar yang menduduki kelayakan tersebut.
Ini bermakna tidak semua pelajar ingin memasuki sekolah berasrama penuh.
Susulan pemansuhan ini, pendidikan negara akan memperkasakan pentaksiran berasaskan sekolah.