Artikel

Pengguna Perlu Peka Akan Pemberitahuan Kelewatan Penerbangan – Capital A

Capital A, syarikat induk penerbangan AirAsia memaklumkan terdapat beberapa aspek perlu diambil kira susulan berlakunya penangguhan 368 penerbangan mereka – ketika perjalanan Hari Raya tempoh hari.

Selain isu teknikal, masalah komunikasi dan pemberitahuan juga dilihat antara punca utama AirAsia. Menurut Pengerusi Eksekutif Kumpulan Kamarudin Meranun, 70% penerbangan yang berkaitan telah memaklumkan kelewatan perjalanan yang berlaku.

Bagaimanapun, mengikut laporan TheEdgeTV segelintir pengguna kurang peka akan pemberitahuan awal tersebut, ia secara langsung telah membangkitkan kekeliruan dan ketidaksefahaman antara penyedia khidmat dan pelanggan.

Tidak hanya itu, Tony Fernandes turut menyatakan AirAsia sentiasa berusaha memenuhi permintaan pengguna ketika musim perayaan dan fenomena pada perayaan tahun ini dilihat adalah luar biasa.

Ia bukan kebiasaan seperti permintaan perjalanan udara sebelum ini. Maka segala risiko kelewatan dan penangguhan perlu disedari pengguna untuk tempoh tersebut.

Buat pengetahuan umum, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sebelum ini telah memaklumkan hasil tinjauan berhubung isu kelewatan penerbangan pada Hari Raya 2022, telah didapati sebanyak 495 penerbangan alami penangguhan lebihi 1 jam.

Daripada jumlah tersebut, sekitar 368 penerbangan(13%) AirAsia menyumbang kepada kelewatan tersebut. Ia menjadikan mereka syarikat penerbangan tertinggi menyumbang kelewatan kepada pengguna.