Artikel

Sekitar 495 Penerbangan Tertunda, Sepanjang Aidilfitri 2022 – MAVCOM

Tinjauan awal Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) pada isu penangguhan penerbangan bagi tempoh perjalanan ketika Aidilfitri tahun ini, ternyata mendapati sekitar 8% bersamaan 495 penerbangan telah alami penundaan lebihi 1 jam.

Situasi tersebut berlaku dalam tempoh 29 April sehingga 9 Mei lalu.

Meskipun angka ini lebih rendah berbanding jumlah keseluruhan 6,000 penerbangan domestik yang berfungsi ketika tempoh perayaan tersebut namun ia secara langsung tetap merugikan para pengguna tempatan.

Berdasarkan penemuan awal 13% daripada penangguhan penerbangan tersebut adalah milik AirAsia dengan 368 penerbangan alami penundaan lebihi 1 jam.

Diikuti Malaysia Airlines yang mengalami 44 penerbangan tertunda (3%), MASwings alami 64 penerbangan tertunda (10%), Firefly 15 penerbangan tertunda (2%) dan Batik Air alami 4 penerbangan tertunda (1%).

Sementara isu penerbangan alami penangguhan lebihi 2 jam pula dilihat berlaku atas faktor kekurangan pesawat, had waktu pekerjaan anak kapal serta diikuti isu teknikal seperti kerosakan dan penyelenggaraan pesawat.

Secara keseluruhan faktor operasi dan teknikal menyumbang kepada 96% atau 160 penerbangan yang terpaksa ditunda. Selain isu tersebut, persekitaran cuaca turut mendorong kepada penangguhan penerbangan.