Artikel

Kementerian Sumber Manusia Galakkan GLC, Swasta Laksana Cuti Haid – Buat Pekerja Wanita

Setelah Sepanyol mengerakkan langkah perancangan cuti haid berbayar buat pekerja wanita negaranya, kini Malaysia dilihat mula mengerakkan langkah tersebut dengan saranan ‘galakkan’.

Di mana mengikut laporan Kementerian Sumber Manusia (KSM), ketika ini menyarankan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta sewajarnya melaksanakan penawaran tersebut tanpa perlu menanti tindakan kerajaan.

Tindakan cuti sedemikian dibolehkan pada polisi syarikat masing-masing. Ini kerana, sekiranya semua syarikat menanti langkah perundangan kerajaan berhubung cuti haid – ia akan memerlukan tempoh yang lama dipraktisan. Sebarang pengubalan memerlukan tempoh dan kajian mendalam untuk dilaksanakan.

Mengambil contoh langkah Sepanyol, berdasarkan kelulusan kabinet negara tersebut – pihaknya akan menawarkan cuti haid selama 3 hari kepada pekerja wanita yang alami kesakitan haid teruk. Dan cuti tersebut boleh dilanjutkan sehingga 5 hari bersama pembuktian kesihatan.

Setakat ini, selain Sepanyol negara lain turut memperjuangkan cuti haid pada kebajikan pekerja wanita mereka. Antaranya Korea Selatan dan Indonesia turut membenarkan pelaksanaan cuti haid berbayar dijalankan.