Artikel

Kabinet Sepanyol Kini Luluskan Draf Cuti Haid Berbayar Selama 3 Hari – Bakal Dibawa Parlimen

Seperti yang umum sedari pada minggu lalu, Sepanyol telah tampil dengan rancangan untuk memperkenalkan cuti perubatan khusus buat pekerja wanita yang mengalami kesakitan teruk ketika fasa haid.

Kini agenda itu telah mendapat kelulusan draf undang-undang kabinet Sepanyol dan kelak akan dikemukakan pada pengamatan Parlimen negara mereka.

Menerusi kelulusan tersebut – ia secara langsung akan memperlihatkan penawaran cuti selama 3 hari bakal diberikan dan pekerja wanita turut boleh menerima cuti haid berbayar sehingga 5 hari namun atas faktor tertentu sahaja.

Selain Sepanyol, negara seperti Korea Selatan dan Indonesia juga telah tampil antara negara yang membenarkan pelaksanaan cuti haid berbayar ini dikuat kuasakan di negara mereka.