Artikel

Sepanyol Rancang Perkenal Cuti Haid – Buat Pekerja Wanita Yang Alami Kesakitan Teruk

Haid atau didefinisikan sebagai kitaran pengeluaran darah yang berlaku ke atas wanita pada setiap bulan – memiliki tahap kesakitan tersendiri.

Menyedari pengalaman fasa haid yang berbeza bagi setiap wanita itu, Sepanyol kelak bakal memperkenalkan cuti perubatan khusus buat pekerja wanita yang mengalami kesakitan teruk ketika fasa haid.

Berdasarkan draf perundangan, pekerja wanita akan diberi cuti 3 hari sebulan bersama pembuktian surat perubatan dan berupaya menerima sehingga cuti 5 hari sekiranya berdepan beberapa situasi tertentu.

Bagaimanapun perancangan ini, masih di peringkat awal dan sekiranya ia diluluskan ini akan menjadi perundangan hak pertama yang diperakui di Eropah.